D'Boss! Annyeong Haseyo!~ This blog belonged to Scha Yumi. No spamming, ripping and vulgarities is allowed in here. Don't be a silent reader, tag before you leave, it'll be greatly appreciated! Enjoy your stay! :D Gamsahamnida ^^ Annyeong~ Best viewed in Mozilla FireFox Like Credits!
| Mine - Chapter 1
Ayumi Hirata (Lee Ji Eun / IU) Aku memandang bulan nun jauh di sana dari jendela bilikku. Bulan itu sungguh indah. Begitu juga dengan perasaan yang kurasai ketika ini. Esok merupakan hari pertama aku bekerja di Vee Entertainment. Ya, Group Vee yang terkenal di Asia yang terdiri daripada Wooyoung oppa, Changmin oppa dan Sandeul oppa. Aku bekerja sebagai jurusolek dan jurugaya mereka. Gembira tidak terhingga tetapi adakah mereka semua menyenangi dengan kehadiranku? Adakah mereka semua selesa denganku? Fikiranku penuh dengan tanda tanya. Cuaca pada malam ini sangat sejuk. Awan hitam mula menutupi bulan. Lama-kelamaan hujan mula turun. Aku segera menutup rapat tingkap bilikku lalu baring di atas katil. Jam di dinding menunjukkan pukul 12 pagi. Entah mengapa malam ini aku tidak dapat tidur. Mungkin aku terlalu memikirkan tentang hari esok. Tiba-tiba hatiku berdebar-debar. Aku terus memejam mata rapat-rapat. Ingin terus terlena dan dibuai mimpi indah. Dan akhirnya, aku terus terlena. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Terkocoh-kocoh aku berjalan menuju ke pejabat Presiden Shin. Aku berjalan dan terus mencari di mana pejabat Presiden Shin berada. Kemudian, aku terserempak dengan 3 jejaka yang menjadi pujaan hati aku. Mereka betul-betul menuju ke arahku sekarang. Jantungku berdegup kencang. "Hai, awak cik Ayumi Hirata kan?" Soal Changmin, pemain gitar group Vee. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum gembira. Gembira tak terkata ho.. ho.. "Salam perkenalan, awak mesti dah tahu siapa kami bertiga ni kan?" Itu suara Sandeul. Aku mengangguk lagi. Tiba-tiba Wooyoung, Leader group Vee tersenyum sinis ke arahku sambil berkata "Macam ni ke rupa jurusolek & jurugaya kami?" Aku tersentak. Kenapa dia berkata begitu kepadaku? Adakah aku tidak layak? Dia memandangku dari atas ke bawah. 'Apa kena dengan dia ni? Pandang aku semacam.' bisiku di dalam hati. "Hyung, Tak baik lah cakap macam tu." Sandeul menyiku lengan Wooyoung. Wooyoung terus meninggalkan tempat itu. Aku mula resah. "Cik Ayumi, awak janganlah ambil hati dengan Wooyoung tu. Dia memang macam tu." pujuk Chang Min. Aku mengangguk lemah. "Saya senang Cik Ayumi menjadi jurusolek & jurugaya baru kami. Kami sangat mengalu-alukan kehadiran cik Ayumi." Sandeul menyentuh bahuku dengan lembut. Aku tersenyum, gembira mendengar kata-katanya. "Mari kita pergi pejabat Presiden Shin." Sandeul terus menarik tanganku. Aku terus memandang Chang Min. Chang Min mengamatiku sejak tadi. Ada yang tak kena kah pada diriku ini? Sandeul membawaku ke pejabat Presiden Shin. Sebaik sahaja tiba di sana, Aku disambut mesra oleh semua kakitangan di Vee Entertainment. Semua orang sedang menungguku. Aku tersipu malu. Kemudian aku memperkenalkan diri. "Annyeong Haseyo dega Ayumi Hirata imnida." aku membongkokkan badan. Semua orang disekelilingku turut memperkenalkan diri masing-masing. "Cantiknya cik Ayumi ni, muka macam anak patung." Presiden Shin memujiku. Mukaku berubah menjadi merah. Kemudian Hwang Min, salah seorang daripada kakitangan tersebut menyampuk "Betul tu. Umur kamu berapa ya?" Aku segera menjawab "Lapanbelas tahun." Semua orang yang berada di sekelilingku terkejut. "Betul ke?" Soal Yuri. Mereka seakan-akan tidak percaya dengan kata-kataku. Aku segera mengangguk seperti burung belatuk. "Kamu belajar lagi ke?" tanya Yuri lagi. Aku mengangguk lagi. Tiba-tiba Presiden Shin mencelah "Ahahaha dahlah mari kita sarapan pagi bersama. Kita cakap-cakap kat Cafe nanti ya." Semua orang terus beredar menuju ke Cafe termasuklah Chang Min, Sandeul dan Presiden Shin. "Nampaknya, semua orang mula suka awak cik Ayumi." Itu suara Wooyoung. Aku tidak sedar bahawa Wooyoung berada di belakangku. Aku segera berpaling. Wooyoung mengamatiku. Aku kebingungan. "Kenapa awak pandang saya lain macam je?" tanyaku. Wooyoung merapatiku sambil berkata " Sebab... awak ni cantik sangat.." Dia terus meninggalkan aku yang sedang ternganga mendengar kata-katanya. 'Tadi ejek aku, sekarang puji aku pula. Dia ni kenapa hah? Sesuka hati dia je.' gerutuku dalam hati. Aku terus melangkah menuju ke Cafe. (Wooyoung, Changmin & Sandeul) --bersambung-- |