D'Boss! Annyeong Haseyo!~ This blog belonged to Scha Yumi. No spamming, ripping and vulgarities is allowed in here. Don't be a silent reader, tag before you leave, it'll be greatly appreciated! Enjoy your stay! :D Gamsahamnida ^^ Annyeong~ Best viewed in Mozilla FireFox Like Credits!
| Snowy Wish - Chapter 1
Na Eun & Yoo Kyung (Biy Twins) 17. Na Eun memejam matanya rapat-rapat, Ingin terus diulit mimpi indah. Sesekali, dia menarik selimut ke paras dada. Sesekali juga, dia memperbaiki posisinya agar lebih selesa. "Apsal aku tak boleh tidur ni?" rungutnya. Jam dinding menunjukkan pukul 12 pagi. Dia langsung tidak dapat melelapkan mata. Tiba-tiba perutnya berbunyi, dia terasa lapar. Dia segera meloncat turun dari katil lalu ke dapur untuk mencari sesuatu yang boleh di makan. Dia membuka peti sejuk. Yang ada hanyalah sayur-sayuran, buah-buahan dan bahan mentah yang lain. Dia segera membuka tudung saji. Kosong! Semua tempat dia geledah, tetapi tiada sebarang makanan yang berjaya ditemui. "Hmm.. Takde apa yang boleh dimakan." dia mengeluh perlahan. "Perut tengah ber-shuffle ni. Eeteokhae?" Dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi makan. Sebelah kiri tangannya menjadi alat menongkat dagunya, manakala sebelah kanan pula jarinya ligat menjentik-jentik meja. "Eeoteokhae? Lama lagi nak tunggu pagi. Nak kejut bibi suruh dia masak, nanti mengganggu dia pula." Dia terus memuncungkan bibirnya beberapa milimeter. Setelah beberapa minit berlalu, Tiba-tiba mentol yang berada dalam kepalanya menyala. "Ahaaaa! Baik aku pergi kedai serbaneka 24 jam aje. Boleh beli makanan segera." Na tersenyum lebar sampai ke telinga. Dia segera masuk ke dalam biliknya. Dia terus mencapai baju sejuk dan beg duit. Kemudian, dia terus berlari ke arah pintu rumah. "Nak ke mana tu Cik Na Eun?" Tanya Encik Kim, pengawal keselamatan rumahnya sebaik sahaja Na Eun melangkah keluar. "Nak ke kedai sekejap." jawab Na Eun sambil melemparkan senyuman manis. "Tapi, nanti tuan marah kalau biarkan Cik Na Eun keluar malam-malam buta macam ni." ujar Encik Kim cemas. Na Eun menggelengkan kepalanya. "Kalau Encik Kim tak bagitahu dia, dia takkan tahu punya." "Err.. Baiklah. Saya tak boleh paksa Cik Na Eun. Nak saya temankan tak?" Na Eun menggelengkan kepalanya sekali lagi. "Tak perlu. Saya boleh pergi sendiri. Klah, saya pergi dulu. Byee." Na Eun segera meninggalkan Encik Kim yang sedang terpinga-pinga. Na Eun mengerling beg plastik berwarna putih yang dijinjitnya. Di dalam beg plastik tersebut terdapat ramen, snek, biskut dan banyak lagi makanan ringan yang lain. "Tak sabar nak bedal semua makanan ni nanti. Hehe." Na Eun ketawa perlahan. Dia gembira akhirnya dapat juga dia membeli sedikit makanan untuk di makan. Na Eun berjalan keseorangan di simpang jalan yang agak gelap. Sepi! Semua penghuni rumah di sekitar simpang tersebut sudah pasti sedang diulit mimpi indah. Di simpang tersebut agak sunyi ketika ini. Na Eun hanya berjalan seperti biasa. Sambil dia berjalan, dia menyanyi lagu yang digemarinya agar perasaan takutnya hilang. Sesekali, dia terdengar bunyi kucing bergaduh. Sesekali, terdengar bunyi anjing menyalak. Dan sesekali juga terdengar bunyi tapak kasut. Na Eun berasa tidak sedap hati. Bunyi tapak kasut tersebut seperti mengekorinya dari belakang. Dengan pantas dia memandang belakang. Tiada orang! Dia mengeluh perlahan. "Mungkin cuma perasaan aku je kot." Na Eun berjalan dengan laju apabila terdengar bunyi tapak kasut berbunyi sekali lagi. Dia cemas. Jantungnya berdegup kencang. Dia takut bunyi tapak kasut tersebut adalah penjahat yang sedang mengekorinya. Dia menelan air liurnya. "Aku rasa ada orang ikut aku." Na Eun berhenti dari melangkah. Dalam beberapa saat, bunyi tapak kasut itu terus tiada. Suasana mula sepi. Na Eun menelan air liurnya. "Aku rasa tak sedap hati. Baik aku pandang belakang." Dengan sepantas kilat dia segera berpaling. Matanya bulat apabila melihat Encik Kim sedang tersengih-sengih seperti kerang busuk di hadapannya kini. "Omo! Saya ingatkan ada orang jahat tadi." Na Eun mengusap-usap dadanya. Matanya merenung tajam ke arah Encik Kim. "Kenapa Encik mengekori saya?" "Err.. saya hanya nak pastikan awak selamat dari di ganggu oleh orang jahat." ujar Encik Kim sambil menundukkan kepalanya. "Maaflah kalau saya membuatkan Cik terkejut. Saya harap Cik Na Eun tak pecat saya." "Hmmm. Kwaenchana. Kalau ya pun, Encik tegur lah saya. Ni tak, buat suspen aje." Kata Na Eun sambil ketawa kecil. "Maafkan saya sekali lagi ya Cik Na Eun. Lain kali saya takkan ulanginya lagi." dia terus membongkokkan dirinya. Na Eun segera menghampiri Encik Kim. "Awak bawa kereta ke sini tak?" Encik Kim mengangguk seperti burung belatuk. "Kalau macam tu, jom kita balik." arah Na Eun. "Baik Cik Na Eun." Encik Kim akur dengan perintah anak majikannya. Sebaik sahaja Na Eun melangkah masuk ke ruang dapur, Dahinya berkerut melihat sekujur tubuh yang tinggi sedang berdiri di hadapan peti sejuk. Rambutnya panjang mengurai dan bajunya serba putih. Setelah diperhatikan betul-betul, itu adalah Yoo Kyung, Kembar Na Eun. "Yaa apa kau buat tu?" Na Eun membulatkan matanya apabila melihat Yoo Kyung sedang mengunyah sesuatu. Tangannya memegang sebiji epal. "Mwo? Erm.. Tengah cari sesuatu yang boleh di makan. Makan epal pun jadilah." Jawab Yoo Kyung sambil menggigit epal tersebut. "Mmmmm, kau pergi mana tadi? Pakai baju sejuk segala bagai." Matanya beralih ke arah beg plastik putih yang dipegang kemas Na Eun. "Hmm, baru balik dari kedai. Beli makanan sikit." Na Eun terus meletakkan beg plastik tersebut di atas meja. "Tepat pada masanya. Hehe." Tanpa segan silu Yoo Kyung terus membongkar isi di dalam beg plastik tersebut. Na Eun terus mencapai biskut di dalam beg plastik tersebut. "Makanlah apa yang kau suka. Aku beli semua ni untuk aku je. Tapi disebabkan kau lapar, kau ambil jelah mana yang kau nak." Yoo Kyung hanya tersengih. "Ehehh.. Okay! Kalau macam tu aku rembat snek jelah. Kelasss kau kak!" Yoo Kyung terus mencium pipi kanan Na Eun. "Eee.. apa ni cium-cium orang." Na Eun segera mengelap pipinya. "Tak senonoh punya orang" Na Eun memuncungkan bibirnya. Yoo Kyung tidak mempedulikan kata-kata Na Eun. Dia segera membawa lari snek itu ke dalam biliknya. "Hmm, Yoo Kyung, Yoo Kyung. Perangai tak ubah-ubah." Omel Na Eun. Na Eun segera mengambil beg plastik tersebut dan membawa masuk ke dalam biliknya. Semua makanan yang ada di dalam beg plastik tersebut adalah hak miliknya sekarang. Hehehe... --Bersambung-- Sorry kalau tak best, tak daebak, tak mantap. |