HwaMinQrincess
D'Boss!



Entries About Linkies Stuff

Annyeong Haseyo!~ This blog belonged to Scha Yumi. No spamming, ripping and vulgarities is allowed in here. Don't be a silent reader, tag before you leave, it'll be greatly appreciated! Enjoy your stay! :D Gamsahamnida ^^ Annyeong~



Best viewed in Mozilla FireFox

Like










Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

Sadly :'(

The more I seek the truth, the more I ask why?Why life is sometimes so unfair to me?

Aku seorang gadis yang suka menyusahkan hidup orang lain. Ya, aku selalu menyusahkan hidup keluargaku tak kira masa di mana jua. Kadangkala, aku rasa diri aku dipinggirkan. Entah mengapa, aku merasakan aku tidak layak untuk hidup. Adakah aku ini begitu menyusahkan sehingga mereka rasa jemu untuk menjagaku seperti adik-beradikku yang lain? Bukan aku ingin menuduh, tapi dengan apa yang aku lihat ibu bapaku selalu melebihkan kakak-kakakku yang lain berbanding aku. Bak orang kata, adik bongsu kenalah selalu mengalah dan bersabar. Tetapi, kesabaranku ada batasnya. Sesekali aku ingin mempertahankan hakku, aku bagaikan disimbah dengan air panas. Aku tidak layak untuk mendapat apa-apa. Aku tidak layak untuk mendapat sebarang pemberian daripada ibubapaku. Aku sedar aku ini siapa. Aku bukan anak kesayangan mereka. Kadangakala aku terfikir, kenapa hidup ini tidak adil kepadaku?


Setiap malam aku menangis mengenang kisah sedihku. Setiap malam juga, aku sering berbicara dengan Mr.Bear, anak patung beruang pemberian rakan baikku. Aku selalu bertanya.

"Kenapa aku dilayan seperti ini? Kenapa aku dipinggirkan?"

Mr.Bear hanya mendiamkan diri. Aku bertanya seolah-olah dia boleh berbicara. Alangkah baiknya jika anak patung kesayanganku ini boleh berbicara. Boleh menjadi temanku tatkalaku kesedihan dan kesunyian. Boleh memberikanku nasihat agar dapat menguatkan semangatku.


Setelah difikirkan semula, aku merasakan diriku begitu bodoh. Pemikiranku begitu cetek sehinggakan aku buta untuk melihat jasa baik mereka. Walaupun aku dipinggirkan, aku tidak melupakan jasa baik mereka mendidik dan menjagaku hingga kini. Akanku kenang buat selama-lamanya. Aku sedar bahawa ada hikmah di sebalik semua ini. Aku pasti suatu hari nanti kehidupan aku jauh lagi baik daripada sekarang. Aku hanya berdoa kepada Tuhan agar aku diberikan rahmat dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. AMIN :)

Just nak luahkan perasaan kat sini. Ayat saya memang tunggang langgang kemungkinan besar ramai yang tak faham apa yang saya tulis ni. Hmm bai :')