HwaMinQrincess
D'Boss!



Entries About Linkies Stuff

Annyeong Haseyo!~ This blog belonged to Scha Yumi. No spamming, ripping and vulgarities is allowed in here. Don't be a silent reader, tag before you leave, it'll be greatly appreciated! Enjoy your stay! :D Gamsahamnida ^^ Annyeong~



Best viewed in Mozilla FireFox

Like










Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

Jiyeon in Magical World - Chapter 1

   
Sorry takde cover for this fanfic. Kyaaa~

"Sudikah awak menari dengan saya?" tanya seorang pemuda kacak berambut kuning keemasan kepada Jiyeon. Jiyeon mula gelisah. Dia sebenarnya tidak pandai menari. Lekas-lekas Jiyeon menolak pelawaan lelaki tersebut.

"Saya dah ada pasangan. Sorry." bohong Jiyeon lalu terus meminta diri untuk beredar dari situ. Lelaki itu hanya mengangguk mengerti. Kemudian, Dia terus mencari gadis yang lain untuk menari bersamanya.

Jiyeon terus keluar daripada dewan tari menari itu untuk menghirup udara yang segar. Sebenarnya dia tidak gemar untuk pergi ke majlis seperti ini. Dia lebih gemar mengurungkan diri di dalam bilik atau berlatih taekwando. Jika IU tidak memaksanya pergi ke majlis ini, pasti dia tidak berani untuk menjejakkan kaki di dewan ini.

"Ahhhh, segarnya udara kat sini." ujar Jiyeon sambil menarik nafas sedalam-dalamnya. Pemandangan di sekitar luar kawasan dewan itu sungguh cantik. Angin yang bertiupan menyerap ke tubuh Jiyeon. Sekali gus menyinari suasana malam yang indah ini.

Tiba-tiba, Jiyeon ternampak seekor binatang yang berbadan besar sedang merangkak di taman bunga yang terdapat di hadapan dewan tersebut.

"Eh, Ape benda kebendanya tu?" tanya Jiyeon dengan nada yang terkejut. Dia mengecilkan matanya untuk memerhatikan dengan jelas apakah binatang yang melalui taman bunga itu tadi.

"Eh? Hamster ke tu? Kenapa pelik semacam rupanya?" tanya Jiyeon sendirian. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke taman bunga itu. Dia ingin mengetahui dari mana Hamster pelik itu muncul. Semakin lama, semakin hilang binatang itu hilang dari pandangannya.

"Eh? Mana Hamster tu pergi?" Jiyeon tidak berputus asa. Dia ingin segera mencari kelibat Hamster itu sehingga dia berjaya menemuinya. Tiba-tiba hujan mula turun merintik-rintik. Dengan pantas dia berlari menuju ke dewan itu semula.

"Hmmm, mungkin cuma perasaan aku je kot. Mana ada Hamster bertubuh besar dan berupa pelik kat dunia ni." ujar Jiyeon lalu terus memasuki ruangan dewan itu semula.


"Mana ada Hamster berbadan besar kat situ. Kau ni demam ke? Kalau ada pun mungkin tu hamster belanda yang terbiar kot? Ishh kau ni banyak tengok cerita dongeng lah." bebel IU selamba. Dia kembali membaca majalah e-pop tanpa memandang wajah Jiyeon.

"Betul lah weh. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Takkan aku nak tipu kau kot?" ujar Jiyeon dengan nada yang serius. 

"Kau ni nak kena pakai cermin mata kot." IU terus meletakkan majalah yang dibacanya di atas meja kopi disebelahnya. "Layan kerenah kau, 24jam tak habis. Kau nak minum kopi tak? Aku buatkan."

Jiyeon hanya mengangguk. Terasa haus pula tekaknya membebel sejak tadi. Sementara dia menunggu IU menyediakan minuman, dia menikmati pemandangan luar dari jendela bilik IU. 

"Wahhh! boleh nampak dewan tu dari sini lah." ujar Jiyeon jakun. Tersenyum kambing dia melihat dewan itu. Tiba-tiba dia teringat akan Hamster yang dilihatnya semalam. 

"Hmmm, betul ke Hamster yang aku nampak tu wujud?" tanya Jiyeon dalam hati. Sememangnya dia sendiri tidak pasti. Yang pasti dia memang benar-benar melihat sendiri Hamster tersebut merangkak ke dalam taman bunga yang berada di hadapan dewan itu.

Tiba-tiba IU menjerit "Yaaa! Tolong pergi kedai boleh? Aku lupa nak beli creamer! Hhehehehe." 

Jiyeon memeuncungkan bibirnya beberapa milimeter. Kakinya dihentak-hentakkan di atas lantai. "Ishh, gedik lah minah ni dah tau creamer kopi dah habis takpayah lah buat kopi." bebel Jiyeon perlahan tetapi sangat jelas kedengaran di telinga IU.

"Aku tau lah apa kau bebelkan tu." perli IU selamba.

"Hmm, yelah. Bak duit aku gi beli. Nasib kedai dekat." sekali lagi bibirnya dimuncungkan.


"Haa, nasib baik ada." ujar Jiyeon girang. Dia segera mengambil bungkusan creamer yang hanya tinggal satu di rak bahan minuman di pasaraya tersebut. Dia membelek-belek bungkusan tersebut untuk mencari tarikh luput creamer itu.

"Hmm, nasib baik elok lagi bungkusan ni. Expire pun lama lagi." ujarnya lagi. Dengan pantas dia segera berjalan menuju ke kaunter pembayaran.

 Selesai bayar, Jiyeon terus berjalan menuju ke rumah IU semula. Dia melalui lorong yang sempit dan kemudiannya melalui dewan tari menari yang diadakan pada malam porm. Tiba-tiba dia ternampak Hamster yang dilihatnya pada majlis tari menari tersebut sedang berjalan menggunakan kakinya.

"Arghh!" jerit Jiyeon dengan kuat. Bungkusan plastik yang dipegangnya terlepas lalu terjatuh di atas tanah. Jeritan kuat Jiyeon membuatkan Hamster itu terkejut lalu menyembunyikan diri di sebalik pokok yang berada di kawasan dewan itu. Jiyeon turut menyembunyikan diri di sebalik pokok kerana dia berasa takut untuk berhadapan dengan Hamster pelik tersebut.

"Ke...kenapa Hamster tu boleh jalan?" Jiyeon bagaikan tidak percaya. Dia menutup matanya menggunakan kedua-dua belah tangannya. Kepalanya digeleng-gelengkan.

Tiba-tiba Hamster berbadan besar itu mendekati Jiyeon dengan berhati-hati. Kemudian dia berkata "Awak ni... Puteri Jiyeon kan?"

bersambung....

Sorry kalau kurang UMPH! Hehehe. Sorry kalau ada kesalahan bahasa.